Pelancaran Website "Kad Kahwin Koleksi Anggun"

18/10/2009 22:27

Salam sejahtera, pihak kami dengan sukacitanya memaklumkan pelancaran website "Kad Kahwin Koleksi Anggun" pada tanggal 18hb. Oktober 2009 ini sebagai langkah menambah baik perkhidmatan penjualan kad-kad jemputan perkahwinan oleh Zad & Associates Computer Centre.  Kami telah mendapat maklumat daripada pelanggan-pelanggan kami bahawa Laman web "zadcomputercentremelaka" agak kurang user friendly dan agak mengelirukan semasa proses penempahan dan browsing produk-produk kad jemputan kahwin kami.  Langkah menwujudkan laman web ini juga adalah sebagai langkah memberikan lebih tumpuan kepada perkhidmatan penjualan kad-kad jemputan kahwin kami yang semakin mendapat sambutan ramai.  Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami, baik yang online mahupun offline yang telah memberikan kerjasama dan sambutan yang amat menggalakan.  Disamping itu juga pihak kami mengalu-alukan kedatangan pelanggan-pelanggan baru kami dan berharap anda semua akan mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada pihak kami.  Terima kasih. 

Back